WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People
hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki
United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,
tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan
gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.
“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk
disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai
Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau
berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan
mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu
bahasa English”.
“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang
untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami
baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole
tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin
berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah
tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga
sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,
tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10
kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka
juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti
kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang
melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia
dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam
bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem
otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
“Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole
menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”.
“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir
menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan
hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian,
alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan
segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan
bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri
memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat
berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya
mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan
yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di
dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang
manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat
spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja,
dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang
yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu
musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan
bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang
memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka
ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah
menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House
menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan.
Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang
terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan
Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation
Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin
untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah
tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di
Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang
kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan
masih tidak diketahui.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah
itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya
Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan
kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh
suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat
matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di
situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa
atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain:
‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab
yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke
tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari
segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang
melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila
dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu
suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai
Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami
memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding
antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya
adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan
alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah
aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu,
berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu
sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga
(yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula)
melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari
Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya
hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga
98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan
perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi
menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia.
Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu
hampir dengan kiamat..
misteri makjuj dan yakjuj
19.41 |
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar